Saturday, 24 November 2012

Water droplets Study

Saya masih study bagaimana menetapkan 'white balance' yang sesuai dan tepat mengikut suasana stempat. Kali ni saya study water drops selepas hujan, cuma di belakang rumah. Selain itu saya juga cuba menetapkan light metering yang ada dalam view finder supaya cahaya yang masuk ke sensor plate terurus dengan tepat.
Foto ini saya set kan white balance secara manual menggunakan white balance cap.

Ini juga saya set kan white balance secara manual menggunakan white balance cap. 

Foto ini pula saya gunakan white balance yang ditetapkan dalam camera(kalau tak silap saya setting flourescent) perhatikan perbezaan warna foto yang dihasilkan tanpa  menggunakan white balance secara manual. 

Selain daripada white balance, dalam water droplets study ni, saya juga mempraktikkan slow shutter speed, light metering serta penggunaan tripod bagi mendapatkan hasil foto yang sharp tanpa perlu di buat post processing.
Gear: Canon 550D, Tamron SP90, white balance cap dan tripod murah(he..he..! lum cukup onkos nak beli jenis ball head...)

Friday, 16 November 2012

Kedinginan

Sesekali mengunjungi kawasan perkelahan sungai gunung memang menyeronokkan.
Post kalini saya nak kongsi sedikit suasana dinginnya Matang Family Park di kaki Gunung Serapi, Kuching. Saya sempat merakamkan beberapa foto di sana...



Sebenarnya semasa shooting ni saya ingin memperaktikkan kaedah menetapkan 'white balance' untuk suasana setempat. Jadi apa yang saya cuba adalah seperti yang di upload di atas. Apa yang saya dapati, ia menyebabkan saya agak kurang sikit untuk edit dlm PC...sebagaimana yang saya kehendaki sebelum ini.


Wednesday, 7 November 2012

New links to my photos...

Post kali ni cuma saya nak beritahu 2 link ke laman portfolio foto saya yang selama ini belum pernah saya beritahu sesapa lagi. Kedua-dua address nya ialah:

http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography DAN
http://www.photoboxgallery.com/infiniteshutter

Mohonlah semua yang terjumpa blog saya ni supaya pergi ke portfolio tersebut dan berilah komen yang membina untuk sama-sama kita mendapat ilmu...sekian, terima kasih.

Monday, 5 November 2012

Karya fotografi yang tidak padam...

Agak lama saya tidak update blog saya ni, maaf...sejak Mei...
Tapi post kali ni agak berlainan, kerana sejak last post tu saya amat kurang berkarya seni lukis. Bagaimanapun aktiviti demo lukisan di Kg. Budaya Sarawak tetap berterusan setiap minggu bersama teman seangkatan di Kuching iaitu Cikgu Ashari Hamdan(facebook). Walaupun saya seringkali tidak hadir akibat beberapa hal yang bersangkutan, namun Cikgu Ashari tetap setiap minggu.
 

Kali ni saya nak post foto-foto yang saya rakam yang agak-agak boleh tahan walaupun tak seperti jurufoto-jurufoto yang handal-handal di Malaysia ni.... tak cerita panjanglah...saya biarkan kepada pengunjung blog saya ni yang komen dan nasihat jika ada yang perlu diceritakan...terima kasih..