Painting yang baru disiapkan ini adalah merupakan karya cat air saya yang pertama sejak aktiviti cat air saya terhenti pada tahun 2004 kerana menumpukan kepada akrilik. Dalam tempoh berkenaan ada juga saya sentuh sikit-sikit tetapi bukanlah secara serius dan juga sy mencuba teknik-teknik cat air yg dibaca drp laman2 web. Bagaimanapun saya kurang berupaya utk meniru atau mengikut gaya pelukis lain. Maka dalam karya ini saya kembali kpd gaya saya sendiri yg saya teroka dan jalinkan warna-warnanya mengikut citarasa dan 'feel' semasa...
Kisah disebalik karya ini ialah dimana lokasinya ketika dalam perjalanan ke Taman Negara Bako yang letaknya kira2 36KM dari Bdr. Kuching, tak jauh, cuma dlm 30 minit perjalanan dengan kereta utk sampai ke jeti Kg. Bako. Dlm perjalanan dengan bot sebelum sampai ke Telok Assam di Taman Negara ini, ada banyak bentuk batu-batu yang menarik yang sempat sy rakamkan dan ini adalah salah satu yang menarik utk sy lukis. Saya membuat keputusan menggunakan cat air kerana ada batu-batu disamping pemandangan pokok yang menghijau yg menjadi latarbelakangnya.
Tajuknya Tetap Di Sini saya ambil sempena memperingati salah satu karya saya pd tahun 1988 iaitu pada peringkat awal penglibatan saya dgn cat air yang ketika itu saya di Kota Kinabalu. Karya tersebut bertajuk Akan Tetapkah Di Sini bersaiz kira2 22" X 15"(watercolor juga) yang menggambarkan suasana 2 org kanak-kanak memakan chewing gum sambil bermain di atas titi Kg. Air di Tuaran, Sabah. Ia kini menghiasi dinding rumah salah seorang rakyat Britain yang ketika itu datang melancong ke Sabah. Bagaimanapun karya tersebut tidak difotokan...
Tetap Di Sini adalah sesuatu yang teguh berdiri(atau tetap pendirian) dalam setiap apa yang diusahakan tanpa dapat diganggu gugat walau oleh sebab apa jua pun dugaan atau cabaran yang mendatang.
To buy this artwork, please go to NoBullart.
Atau bagi Malaysian, sila email saya seperti tertera di sebelah atas kanan.