Sunday, 7 April 2013

New Pastel Painting

Salam sejahtera semua...
Kali ni saya nak post beberapa keping karya terbaru saya yang disiapkan menggunakan soft pastel.
Saya sedang mencuba-cuba medium ini untuk mengetahui bagaimana kesannya ke atas karya-karya saya. Setelah beberapa kali mencuba saya dapati antara beberapa kelebihannya ialah warna yang terang(brilliant), mudah untuk di campur(blend) dan paling bagus ialah ia nya versatile(mudah diubah-ubah...). Saya tidak mengalami kesukaran sekiranya berlaku kesilapan kepada karya yang sedang dilakarkan. Cuma penghalangnya ialah sikap cepat puas hati dan malas...berikut antara karya-karya yang telah siap(kiranya..)
Plein air: Dari Puncak Bukit Kg. Trombol, pastel, 7" x 9"
(Sayangnya karya ini telah rosak sewaktu saya ingin laminate kat kedai)

Studio painting: Jeti Kg. Rampangi, pastel, 7" x 9"
(Sayangnya karya ini juga telah rosak sewaktu saya ingin laminate kat kedai). Pastel kurang sesuai utk di laminate!

Plein air: Di Kaki Gunung Serapi, pastel, 9" x 11"

Bukan plein air: Lanskap Santubong - Dari Sg. Salak, pastel 11" x 15"

Studio painting: Sg. Serikin, pastel, 11" x 15"
Karya pastel juga sebaik-baiknya hendaklah di frame kan sebaik saja ia disiapkan...jika tidak ber frame, kemungkinan besar ia rosak akibat sentuhan akan berlaku...
Sekian..terima kasih.