Wednesday, 8 October 2014

Fotografi di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

Salam sejahtera semua,

Kali ni saya nk upload my recent visit to Tanjung Rhu, Langkawi yang letaknya kira-kira 15 KM dari rumah saya atau pun kira-kira 35 KM ke arah utara dari Bandar Kuah. Pantai ini saya kira agak indah kerana mempunyai pantai berpasir putih dan bersih. Ia menghadap ke utara iaitu ke arah pulau-pulau Satun, Thailand. Sekiranya anda berpeluang ke Langkawi jemputlah menikmati bayu lembut di pantai ini.
Tanjung Rhu 3: Evening scene at Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia Canon 5D, EF 17-40mm, F/4L USM, 0.3, F/20, ISO 100, 29mm

Tanjung Rhu 2, exif spt di atas

Tanjung Rhu 3: Canon 5D, EF 17-40mm, F/4L USM, 0.4, F/16, ISO 100, 29mm

Sebenarnya sebelum saya ke lokasi ini saya telah memerhatikan keadaan langit yang ketika itu agak cerah. Dengan keadaan awan yang ada gelap dan ada terang, saya fikir amat sesuai untuk fotogarafi. Namun demikian setelah saya sampai di lokasi saya dapati keadaan langit di horizon amat gelap dan hampir hujan. Yang sempat cuma di bahagian dalam gambar ini sahaja dimana betul2 tempat matahari terbenam yang tidak dilindungi awan...tq

Nota: Gear Canon 5D, lensa 17-40MM f/4L USM, Lee Big Stopper 100mm X 100MM

Wednesday, 1 October 2014

Sukan Lasak Ironman Di Langkawi

Salam sejahtera,

Pada 27 Sep. yang lalu telah diadakan siri pertandingan sukan lasak Ironman di Langkawi. Ianya bermula jam kira-kira 6 pagi dan berlanjutan sehingga jam 10 mlm. Di sini saya upload beberapa keping foto yang sempat dirakamkan kerana kebetulan siri lumba basikalnya telah melalui Jalan Telok Yu iaitu berhadapan dengan kediaman kami.
Salah seorang peserta wanita...

Minuman yang disediakan






Sempat jugak jeling...