Pantai ini secara amnya masih asli kecuali sedikit bahagian yang telah dibina bangunan bangunan chalet tepi pantai. Sudut yang saya lakar ini adalah di sebelah tengah yang berdekatan dengan NAAM. Sengaja saya rakamkan foto pacda mulanya bagi tujuan photography, tetapi oleh kerana ketika itu telah dekat waktu maghrib unsur unsur matahari tenggelam itu amat jelas ditambah pula dengan suasana hampir hujan, telah menambahkan lagi keindahan Pantai Tanjung Rhu ketika itu. Oleh itu saya bercadang untuk melakarkan keindahan ini di atas canvas supaya dapat diolah lagi menjadi lebih indah dari sudut pandangan seorang pelukis. Pantai ini berdekatan dengan Pekan Padang Lalang iaitu kira kira 2KM sahaja ke arah utara dan juga hotel paling hampir ialah Four Season yang jaraknya tidak sampai 500M.
Pantai Tanjung Rhu pada saya amat cantik dengan pasirnya yang memutih dan tiupan bayu yang kadangkala kuat dan kadangkala perlahan menambahkan lagi suasana indah pantai-pantai Malaysia.
Saturday, 23 September 2017
Pantai Tanjung Rhu, Langkawi
Pantai Tanjung Rhu
Acrylic On Board, 14" x 18"
Sekiranya anda berminat untuk membeli painting ini, sila sms atau whatsapp saya di nombor 0133691883
https://translate.google.com/m/translate
Subscribe to:
Posts (Atom)