Monday, 25 November 2013

New involvement...

Salam sejahtera,
Sejak sebelum bermulanya Ramadhan dahulu saya telah tidak membuat karya-karya lukisan baru. Antara lainnya ini disebabkan kurangnya masa yang terluang untuk saya berkarya terutamanya disebabkan keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. Ada juga ketikanya idea yang baru muncul tiba-tiba, namun saya tidak berupaya melakukannya.
Bagaimanapun bila ada waktu terluang saya dan keluarga mengunjungi kawasan-kawasan yang lanskapnya cantik, maka sempatlah saya merakamkannya melalui lensa kamera. Itulah ada yang saya upload kan ke blog ini dan ada sebahagiannya di dalam Flickr saya (http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography). Bagaimanapun foto-foto tersebut bukanlah yang utama kerana saya bercadang ingin membuat jualan photo prints (murah-murah ye...) melalui beberapa website yang masih lagi dalam pertimbangan. Maka di sini saya bercadang untuk mengupload foto-foto terbaik pada pandangan saya untuk tujuan jualan, antaranya kembara di Taman Negara Bukit Lambir, Miri dan keindahan pantai Sematan. Koleksi foto-foto tersebut disimpan di dalam database saya.  Setakat ini saya tidak bercadang untuk melibatkan diri dalam foto perkahwinan kerana kekangan masa dan yang penting sekali dirasakan foto-foto perkahwinan memerlukan daya imaginasi tinggi dan perfect. Tidaklah dimahukan amanah yang dipikul untuk tugas berkenaan tidak di deliver dengan sempurna - maksud saya cantik pada pandangan pelanggan tetapi hakikat sebenarnya kualiti tidak menepati kehendak fotografi sebenar.
Dari pengamatan saya alam sekitar amat perlu dijaga dan dipelihara. Saya mengambil pendekatan ini untuk merekodkan seberapa banyak foto alam semulajadi yang saya jangka terancam akibat tangan-tangan manusia terutamanya flora dan fauna yang terdapat di bumi Malaysia. Burung-burung yang semakin melarikan diri ke persekitaran baru yang jauh dan sukar untuk ditemui oleh manusia...bunga-bunga liar yang tidak lagi dikenali oleh generasi baru...sungai-sungai yang dah keroh...kabus...kelip-kelip...!?
Sekian, terima kasih...

Thursday, 21 November 2013

New photo by Saadon Saad: Beach Reflections

This new photo prints can be ordered online via zazle.com. Gallery wrap @ aprox. 33.5" x 21.5" in size. However, any other sizes are available. Pls click here:
http://www.zazzle.com/beach_reflections_gallery_wrap_canvas-192002746827051735

Tuesday, 12 November 2013

Lama tak update...

Salam sejahtera kepada kawan semua;
Saya menggunakan perkataan 'kawan' disini kerana saya menganggap semua yang membaca blog saya ini sebagai kawan cyber ataupun online dan juga kawan yang betul-betul kawan saya di offline...
Untuk makluman sudah lama betul saya tak update blog ni, macam-macam cerita tentang alam...kembara...penerbangan...perjalanan, mendaki, menurun, air, bot...semua saya alami sepanjang dari bulan April hingga November ini. Antara tempat-tempat yang di kunjungi (balik kampong semestinya...) Gunung Gading National Park(Lundu), Bukit Lambir National Park(Miri), Matang National Park(Kuching)...semuanya saya rekodkan dalam lensa kamera saya. Ada yang sudah saya upload dalam FB dan juga Flickr (http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography/).
Untuk karya lukisan, sudah agak lama juga saya tidak berkarya iaitu sekitar sebelum mula berpuasa dulu(bulan Julai). Saya pun kurang pasti bila akan kembali membuat karya-karya baru kerana saya agak sibuk dengan fotografi. Tambahan lagi kini telahpun memiliki full frame DSLR. Ada juga karya-karya foto yang telah siap untuk di upload tetapi saya masih menunggu masa sesuai untuk berbuat demikian. Di dalam flickr site saya itu hanya segelintir dari foto-foto yang ada sekarang ini dan ianya semua drp DSLR lama saya iaitu Canon EOS 550D. Dengan adanya Canon EOS 5D yang baru ni(second-hand sebenarnya - beli dalam Ebay dari org AU) maka saya harap dapat menampilkan karya yang lebih baik dan berkualiti terutamanya landscape(laut & airterjun dll) atau yang berkaitan dengan alam semulajadi Malaysia.
Karya fotografi, saya rasakan dapat mengajar saya ke arah menghargai alam semulajadi seperti air yang tidak tercemar, pantai yang original tanpa bahan awet, perhatikan awan yang beranika corak...itu belum lagi saya masukkan rasa(feel) sebagaimana yang saya alami ketika berkarya lukisan, rasai ketinggian alam(berada di tempat tinggi spt puncak bukit), di sebalik batu besar, di bawah bukit curam dan banyak lagi tempat-tempat menarik dan indah, ringkasnya 'the hidden treasure of the earth'...insyaallah...
TQ.