Salam sejahtera,
Sejak sebelum bermulanya Ramadhan dahulu saya telah tidak membuat karya-karya lukisan baru. Antara lainnya ini disebabkan kurangnya masa yang terluang untuk saya berkarya terutamanya disebabkan keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. Ada juga ketikanya idea yang baru muncul tiba-tiba, namun saya tidak berupaya melakukannya.
Bagaimanapun bila ada waktu terluang saya dan keluarga mengunjungi kawasan-kawasan yang lanskapnya cantik, maka sempatlah saya merakamkannya melalui lensa kamera. Itulah ada yang saya upload kan ke blog ini dan ada sebahagiannya di dalam Flickr saya (http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography). Bagaimanapun foto-foto tersebut bukanlah yang utama kerana saya bercadang ingin membuat jualan photo prints (murah-murah ye...) melalui beberapa website yang masih lagi dalam pertimbangan. Maka di sini saya bercadang untuk mengupload foto-foto terbaik pada pandangan saya untuk tujuan jualan, antaranya kembara di Taman Negara Bukit Lambir, Miri dan keindahan pantai Sematan. Koleksi foto-foto tersebut disimpan di dalam database saya. Setakat ini saya tidak bercadang untuk melibatkan diri dalam foto perkahwinan kerana kekangan masa dan yang penting sekali dirasakan foto-foto perkahwinan memerlukan daya imaginasi tinggi dan perfect. Tidaklah dimahukan amanah yang dipikul untuk tugas berkenaan tidak di deliver dengan sempurna - maksud saya cantik pada pandangan pelanggan tetapi hakikat sebenarnya kualiti tidak menepati kehendak fotografi sebenar.
Dari pengamatan saya alam sekitar amat perlu dijaga dan dipelihara. Saya mengambil pendekatan ini untuk merekodkan seberapa banyak foto alam semulajadi yang saya jangka terancam akibat tangan-tangan manusia terutamanya flora dan fauna yang terdapat di bumi Malaysia. Burung-burung yang semakin melarikan diri ke persekitaran baru yang jauh dan sukar untuk ditemui oleh manusia...bunga-bunga liar yang tidak lagi dikenali oleh generasi baru...sungai-sungai yang dah keroh...kabus...kelip-kelip...!?
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment