Assalaamulaikum wrt dan salam sejahtera...
Banyak perubahan telah berlaku kepada saya dan keluarga dalam tempoh 1-2 bulan ini.
Saya kini telahpun berpindah tempat kerja dari Kuching ke Pulau Langkawi yang bermula pada 3/3/2014 yang lalu. Manakala ahli keluarga kami akan menyusul pada 6/4/2014 akan datang. Ini adalah kerana salah seorang junior saya sedang menghadiri Latihan Industri dalam bidang perakaunan di Kuching sehingga 4/4/2014. Jadi kenalah si Ibu dan adik-adik yang lain menunggu hingga Latihan Industri ini selesai barulah boleh berpindah ke Langkawi. Seronok duk di Langkawi ni...he..he...sabarr...
Tujuan post ini adalah untuk memuat naik foto-foto rumah baru yang bakal kami sekeluarga tinggal nanti iaitu di Perumahan Kastam Pantai Kok. Terima kasih diucapkan kepada pihak Kastam Daerah Langkawi yang telah meluluskan permohonan saya, pada kadar segera juga. Walaupun agak jauh dari pejabat iaitu kira-kira 25 KM, namun kira ok jugak sebab betapa sukarnya mendapatkan rumah sewa di Langkawi. Ini adalah disebabkan antara puncanya kerana tuan rumah kebanyakannya lebih cenderung untuk membuat homestay kerana lebih untung....
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan pada 9/3/14. Ketika ini rumah masih belum dibersihkan dan hanya menggunakan hand phone jak...
Bilik tidur utama - 1 bilik air, 1 almari solek & 1 almari pakaian
Pandangan bilik tidur 2 & 3(sama saiz) dengan 1 bilik air syer & masing-masing 1 almari pakaian
Dapur - dilengkapi dengan kabinet atas/bawah dan juga sinki berkembar menghala ke balkoni dapur untuk jemuran pakaian
Ruang tamu yang juga menunjukkan balkoni bersaiz kira-kira 3' x 6' dan dilengkapi dengan 1 almari hiasan mini & 1 rak TV
Ruang tamu yang menunjukkan ruang menghala ke bahagian dapur serta bilik tidur 2, 3 & 4. Bilik tidur 4 dilengkapi dengan bilik air luar tanpa almari pakaian.
Balkoni dari jarak dekat - tempat pekena teh targhiik...
Contoh almari pakaian - kesemua almari adalah sama saiz
Almari solek
Dimaklumkan, tujuan foto-foto ini diupload adalah untuk ahli keluarga kami yang berada di Kuching dan JB untuk melihatnya secara lebih jelas. Waktu saya kerumah ini adalah kira-kira pukul 5.30ptg. dan didapati sekitar rumah ini adalah redup kerana dilindungi oleg Gunung Machinchang...ya kami tinggal betul-betul di kaki Gunung Machinchang(atau Mat Chinchang mengikut versi lama)...
Sekian, terima kasih.
Pada masa akan datang pastilah ada foto-foto Langkawi yang memukau akan diupload, tidak ketinggalan juga peluang-peluang sewa homestay dan sewa kereta yang amat murah yang akan ditawarkan bersama untuk kemudahan teman-teman berjimat-cermat sewaktu melancong ke Langkawi...Selamat Datang Ke Langkawi...!