Hari ni saya ingin meng-upload beberapa foto hasil dari kembara saya ke Taman Negara Bako. Taman Negara ini letaknya kira-kira 36 km dari Bandaraya Kuching ke jeti Kg. Bako dan sekitar 5 km(35-45 min. bergantung kpd keadaan cuaca) menaiki bot ke taman ini.
Rotan gergasi - ukur lilit(dia.) 3.5"-4" & tinggi(height) sekitar 10-15m.
Periok kera (monkey cup) banyak ditemui ketika trailing di sekitar taman.
View dari puncak tebing (cliff) di salah satu destinasi trailing di taman ini.
Perjalanan balik sekitar jam 4.00ptg dari jeti Telok Assam. Kami telah mengalami ombak pasang besar setinggi antara 3-4m semasa dalam perjalanan balik tersebut. Inilah pertama kali mengalaminya dan ianya satu pengalaman yang rasanya sukar untuk dilupakan.
Sekian...tq
(Gear: Canon 5D, EF 17-40mm F/4.0L)
No comments:
Post a Comment