Thursday, 28 January 2016

Teluk Mempelam, Pulau Langgun

Assalaamulaikum wrt dan salam sejahtera;

Berikut adalah foto terbaru dari saya sewaktu mengunjungi Teluk Mempelam di Pulau Langgun. Pulau Langgun adalah salah satu pulau yang berdekatan dengan Pulau Langkawi iaitu kira-kira 15 KM jaraknya dari rumah kami di Teluk Burau.

Untuk ke sini perlu menaiki bot di Jeti Kilim selama lebih kurang 20 minit merentasi persekitaran mangrove yang sering di kunjungi oleh pelancong sewaktu melancong ke Langkawi. Kami ke sini bersama beberapa ahli keluarga lain selama sehari dengan aktiviti perkelahan dan memancing.




No comments:

Post a Comment