Showing posts with label oil. Show all posts
Showing posts with label oil. Show all posts

Wednesday, 20 July 2011

Newest Painting

Silau: Kenangan Malam Silam 9" x 12" oil on panel, pallete knife painting 2011.
Karya studio yang disiapkan seminggu selepas karya Bayu Santubong. Pada hari sabtu berkenaan tiada projek plein air, oleh itu saya melakar karya ini berdasarkan kenangan malam kenduri di kampung tempat kelahiran saya di Kuala Pilah. Suasana ini kerap berlaku sewaktu saya masih kira-kira sekolah rendah lagi dimana seringkali majlis-majlis perkahwinan di zaman itu dibuat pada waktu malam. Sumber cahaya adalah daripada lampu pam minyak tanah yang digantungkan di bawah kemah(penanggah). Di bawah kemah ini dibina tempat duduk dan meja makan daripada papan yang diikat menggunakan tali dibuat daripada rotan untuk tetamu jemputan makan malam. Manakala tiangnya menggunakan buloh. Kini zaman telah berubah dan ini semua telah tiada...

New Painting

Bayu Santubong (Winds of Santubong), 11" x 15" oil on canvas, abstract plein air 2011 by SaadonSaad.
Painting ini siapkan on-site semasa hari keluarga pejabat kami di kaki Gunung Santubong, Sarawak pd 21 Mei 2011. Feel pd hari itu amat baik dengan suasana Hari Keluarga yang happy, ditiup bayu serta suasana yang panas dari pagi hingga petang. Feel tersebut dapat sy garapkan dlm painting ini...