Salam sejahtera...
Semalam saya telah upload beberapa foto terbaru yang sempat dirakamkan di Pantai Tg Balau, Kota Tinggi, Johor. Mungkin ada yang bertanya di mana pantai ni...ia letaknya kira-kira 7 km dari Bandar Penawar dan berhampiran dengan Pantai Desaru. Keadaan pantainya kira ok lah jugak dan ada juga beberapa chalet murah dan sederhana mahal di sekitarnya. Bolehlah 'google' utk mengetahui berkenaan chalet2 tersebut.
Hari ni saya ingin meng-upload lagi 2 foto, tetapi kali ni pemandangan matahari terbenam di Panta Lido menghadap Singapura. Oleh kerana kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan disamping lokasi yang baik, saya hanya dapat berada di lokasi ini sahaja...pada sebelah paginya saya juga telah melawat pantai sekitar Stulang Laut tetapi tidak menemui lokasi sesuai. Tujuan ke sini ialah utk menjadikan Tambak Johor sebagai 'foreground' disamping matahari terbenam sebagai latar belakangnya...
Wednesday, 30 January 2013
Tuesday, 29 January 2013
Di Bawah Matahari Tanjung Balau
Assalaamualaikum wrt semua,
Kali ni saya nak sertakan foto-foto terbaru yang saya rakamkan ketika mengunjungi Johor Bahru dari 23-26 Jan. yang lalu. Secara amnya tidaklah sangat memberangsangkan kunjungan ini yang disebabkan oleh beberapa perkara yang muncul disaat-saat akhir sebelum ke sana. Ini termasuklah kunjungan dan tinggal 2 malam di chalet Tg. Balau di Kota Tinggi berdekatan Desaru yang terpaksa dibatalkan akhirnya.
Bagaimanapun kunjungan tetap diteruskan tetapi pada hari terakhir sebelum kami sekeluarga kembali ke Kuching iaitu pada hari Sabtu 26 Januari. Ini pun kerana kami menghantar anak kedua kami yang kembali ke kolejnya pd hari yang sama. Kami sampai kira-kira jam 11.30 pagi.

Sebenarnya saya tidak sabar-sabar lagi ingin mencuba filter yang baru diterima seminggu sebelum ke Johor iaitu Lee Big Stopper yang dah lama dinanti-nantikan...Mahu tak mahu saya gunakan juga walaupun masa fotografi tersebut adalah masa paling tidak dicadangkan oleh mana-mana photographer sekalipun....hasilnya saya uploadkan setelah post-processed dalam Lightroom 4.3, Lens EF17-40mm f/4L USM:
To buy photo prints pls go to My Photobox.
To view more photos pls click My Flickr.
Friday, 4 January 2013
Disember 2012
Belalang Daun: Shot ni cuma di belakang rumah je!
Merak di Jong's Crocs Farm, Jalan Serian.
Iguana...di Jong's Crocs Farm, Jalan Serian.
Pantai Damai, Santubong...just sebelum maghrib.
Juga di lokasi sama, versi slow shutter speed...
Pantai Damai, Santubong
Anak crocs di Jong's..
Teratai Putih, juga di Jong's..
Salam sejahtera semua...Disember 2012 yang banyak kenangan telahpun berlalu. Saya hanya sempat ke Kg. Budaya Sarawak untuk membuat Painting Demo hanya 2 kali saja sepanjang cuti persekolahan tersebut. Ramai pengunjung ke sana pada musim cuti...dan saya dan keluarga banyak kali juga meneroka alam semulajadi sekitar Bahagian Kuching di sepanjang cuti ni. Kali ni saya kongsikan antara foto-foto yang telah diedit menggunakan PS yang saya ambil disepanjang cuti November-Disember 2012...saya memang kurang pandai dgn software ni, tp sy cuba juga belajar sikit-sikit...
Subscribe to:
Posts (Atom)