Tuesday, 29 January 2013

Di Bawah Matahari Tanjung Balau

Assalaamualaikum wrt semua,
Kali ni saya nak sertakan foto-foto terbaru yang saya rakamkan ketika mengunjungi Johor Bahru dari 23-26 Jan. yang lalu. Secara amnya tidaklah sangat memberangsangkan kunjungan ini yang disebabkan oleh beberapa perkara yang muncul disaat-saat akhir sebelum ke sana. Ini termasuklah kunjungan dan tinggal 2 malam di chalet Tg. Balau di Kota Tinggi berdekatan Desaru yang terpaksa dibatalkan akhirnya.
Bagaimanapun kunjungan tetap diteruskan tetapi pada hari terakhir sebelum kami sekeluarga kembali ke Kuching iaitu pada hari Sabtu 26 Januari. Ini pun kerana kami menghantar anak kedua kami yang kembali ke kolejnya pd hari yang sama. Kami sampai kira-kira jam 11.30 pagi.
Sebenarnya saya tidak sabar-sabar lagi ingin mencuba filter yang baru diterima seminggu sebelum ke Johor iaitu Lee Big Stopper yang dah lama dinanti-nantikan...Mahu tak mahu saya gunakan juga walaupun masa fotografi tersebut adalah masa paling tidak dicadangkan oleh mana-mana photographer sekalipun....hasilnya saya uploadkan setelah post-processed dalam Lightroom 4.3, Lens EF17-40mm f/4L USM:
Pantai Tg Balau 6 : 20sec., F/22, ISO100

Pantai Tg Balau 8 : 30sec., F/22, ISO100

Pantai Tg Balau 9 : 30sec., F/22, ISO100

To buy photo prints pls go to My Photobox.
To view more photos pls click My Flickr.





























































































No comments:

Post a Comment