Salam sejahtera...
Semalam saya telah upload beberapa foto terbaru yang sempat dirakamkan di Pantai Tg Balau, Kota Tinggi, Johor. Mungkin ada yang bertanya di mana pantai ni...ia letaknya kira-kira 7 km dari Bandar Penawar dan berhampiran dengan Pantai Desaru. Keadaan pantainya kira ok lah jugak dan ada juga beberapa chalet murah dan sederhana mahal di sekitarnya. Bolehlah 'google' utk mengetahui berkenaan chalet2 tersebut.
Hari ni saya ingin meng-upload lagi 2 foto, tetapi kali ni pemandangan matahari terbenam di Panta Lido menghadap Singapura. Oleh kerana kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan disamping lokasi yang baik, saya hanya dapat berada di lokasi ini sahaja...pada sebelah paginya saya juga telah melawat pantai sekitar Stulang Laut tetapi tidak menemui lokasi sesuai. Tujuan ke sini ialah utk menjadikan Tambak Johor sebagai 'foreground' disamping matahari terbenam sebagai latar belakangnya...
No comments:
Post a Comment