Salam sejahtera,
Sejak sebelum bermulanya Ramadhan dahulu saya telah tidak membuat karya-karya lukisan baru. Antara lainnya ini disebabkan kurangnya masa yang terluang untuk saya berkarya terutamanya disebabkan keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. Ada juga ketikanya idea yang baru muncul tiba-tiba, namun saya tidak berupaya melakukannya.
Bagaimanapun bila ada waktu terluang saya dan keluarga mengunjungi kawasan-kawasan yang lanskapnya cantik, maka sempatlah saya merakamkannya melalui lensa kamera. Itulah ada yang saya upload kan ke blog ini dan ada sebahagiannya di dalam Flickr saya (http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography). Bagaimanapun foto-foto tersebut bukanlah yang utama kerana saya bercadang ingin membuat jualan photo prints (murah-murah ye...) melalui beberapa website yang masih lagi dalam pertimbangan. Maka di sini saya bercadang untuk mengupload foto-foto terbaik pada pandangan saya untuk tujuan jualan, antaranya kembara di Taman Negara Bukit Lambir, Miri dan keindahan pantai Sematan. Koleksi foto-foto tersebut disimpan di dalam database saya. Setakat ini saya tidak bercadang untuk melibatkan diri dalam foto perkahwinan kerana kekangan masa dan yang penting sekali dirasakan foto-foto perkahwinan memerlukan daya imaginasi tinggi dan perfect. Tidaklah dimahukan amanah yang dipikul untuk tugas berkenaan tidak di deliver dengan sempurna - maksud saya cantik pada pandangan pelanggan tetapi hakikat sebenarnya kualiti tidak menepati kehendak fotografi sebenar.
Dari pengamatan saya alam sekitar amat perlu dijaga dan dipelihara. Saya mengambil pendekatan ini untuk merekodkan seberapa banyak foto alam semulajadi yang saya jangka terancam akibat tangan-tangan manusia terutamanya flora dan fauna yang terdapat di bumi Malaysia. Burung-burung yang semakin melarikan diri ke persekitaran baru yang jauh dan sukar untuk ditemui oleh manusia...bunga-bunga liar yang tidak lagi dikenali oleh generasi baru...sungai-sungai yang dah keroh...kabus...kelip-kelip...!?
Sekian, terima kasih...
Monday, 25 November 2013
Thursday, 21 November 2013
New photo by Saadon Saad: Beach Reflections
This new photo prints can be ordered online via zazle.com. Gallery wrap @ aprox. 33.5" x 21.5" in size. However, any other sizes are available. Pls click here:
http://www.zazzle.com/beach_reflections_gallery_wrap_canvas-192002746827051735

Tuesday, 12 November 2013
Lama tak update...
Salam sejahtera kepada kawan semua;
Saya menggunakan perkataan 'kawan' disini kerana saya menganggap semua yang membaca blog saya ini sebagai kawan cyber ataupun online dan juga kawan yang betul-betul kawan saya di offline...
Untuk makluman sudah lama betul saya tak update blog ni, macam-macam cerita tentang alam...kembara...penerbangan...perjalanan, mendaki, menurun, air, bot...semua saya alami sepanjang dari bulan April hingga November ini. Antara tempat-tempat yang di kunjungi (balik kampong semestinya...) Gunung Gading National Park(Lundu), Bukit Lambir National Park(Miri), Matang National Park(Kuching)...semuanya saya rekodkan dalam lensa kamera saya. Ada yang sudah saya upload dalam FB dan juga Flickr (http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography/).
Untuk karya lukisan, sudah agak lama juga saya tidak berkarya iaitu sekitar sebelum mula berpuasa dulu(bulan Julai). Saya pun kurang pasti bila akan kembali membuat karya-karya baru kerana saya agak sibuk dengan fotografi. Tambahan lagi kini telahpun memiliki full frame DSLR. Ada juga karya-karya foto yang telah siap untuk di upload tetapi saya masih menunggu masa sesuai untuk berbuat demikian. Di dalam flickr site saya itu hanya segelintir dari foto-foto yang ada sekarang ini dan ianya semua drp DSLR lama saya iaitu Canon EOS 550D. Dengan adanya Canon EOS 5D yang baru ni(second-hand sebenarnya - beli dalam Ebay dari org AU) maka saya harap dapat menampilkan karya yang lebih baik dan berkualiti terutamanya landscape(laut & airterjun dll) atau yang berkaitan dengan alam semulajadi Malaysia.
Karya fotografi, saya rasakan dapat mengajar saya ke arah menghargai alam semulajadi seperti air yang tidak tercemar, pantai yang original tanpa bahan awet, perhatikan awan yang beranika corak...itu belum lagi saya masukkan rasa(feel) sebagaimana yang saya alami ketika berkarya lukisan, rasai ketinggian alam(berada di tempat tinggi spt puncak bukit), di sebalik batu besar, di bawah bukit curam dan banyak lagi tempat-tempat menarik dan indah, ringkasnya 'the hidden treasure of the earth'...insyaallah...
TQ.

Sunday, 7 April 2013
New Pastel Painting
Salam sejahtera semua...
Kali ni saya nak post beberapa keping karya terbaru saya yang disiapkan menggunakan soft pastel.
Saya sedang mencuba-cuba medium ini untuk mengetahui bagaimana kesannya ke atas karya-karya saya. Setelah beberapa kali mencuba saya dapati antara beberapa kelebihannya ialah warna yang terang(brilliant), mudah untuk di campur(blend) dan paling bagus ialah ia nya versatile(mudah diubah-ubah...). Saya tidak mengalami kesukaran sekiranya berlaku kesilapan kepada karya yang sedang dilakarkan. Cuma penghalangnya ialah sikap cepat puas hati dan malas...berikut antara karya-karya yang telah siap(kiranya..)

Plein air: Dari Puncak Bukit Kg. Trombol, pastel, 7" x 9"
(Sayangnya karya ini telah rosak sewaktu saya ingin laminate kat kedai)
Studio painting: Jeti Kg. Rampangi, pastel, 7" x 9"
(Sayangnya karya ini juga telah rosak sewaktu saya ingin laminate kat kedai). Pastel kurang sesuai utk di laminate!
Plein air: Di Kaki Gunung Serapi, pastel, 9" x 11"
Bukan plein air: Lanskap Santubong - Dari Sg. Salak, pastel 11" x 15"
Studio painting: Sg. Serikin, pastel, 11" x 15"
Karya pastel juga sebaik-baiknya hendaklah di frame kan sebaik saja ia disiapkan...jika tidak ber frame, kemungkinan besar ia rosak akibat sentuhan akan berlaku...
Sekian..terima kasih.
Tuesday, 26 February 2013
My New Artwork
Tetap Di Sini 11" X 15", watercolor on paper.
Painting yang baru disiapkan ini adalah merupakan karya cat air saya yang pertama sejak aktiviti cat air saya terhenti pada tahun 2004 kerana menumpukan kepada akrilik. Dalam tempoh berkenaan ada juga saya sentuh sikit-sikit tetapi bukanlah secara serius dan juga sy mencuba teknik-teknik cat air yg dibaca drp laman2 web. Bagaimanapun saya kurang berupaya utk meniru atau mengikut gaya pelukis lain. Maka dalam karya ini saya kembali kpd gaya saya sendiri yg saya teroka dan jalinkan warna-warnanya mengikut citarasa dan 'feel' semasa...
Kisah disebalik karya ini ialah dimana lokasinya ketika dalam perjalanan ke Taman Negara Bako yang letaknya kira2 36KM dari Bdr. Kuching, tak jauh, cuma dlm 30 minit perjalanan dengan kereta utk sampai ke jeti Kg. Bako. Dlm perjalanan dengan bot sebelum sampai ke Telok Assam di Taman Negara ini, ada banyak bentuk batu-batu yang menarik yang sempat sy rakamkan dan ini adalah salah satu yang menarik utk sy lukis. Saya membuat keputusan menggunakan cat air kerana ada batu-batu disamping pemandangan pokok yang menghijau yg menjadi latarbelakangnya.
Tajuknya Tetap Di Sini saya ambil sempena memperingati salah satu karya saya pd tahun 1988 iaitu pada peringkat awal penglibatan saya dgn cat air yang ketika itu saya di Kota Kinabalu. Karya tersebut bertajuk Akan Tetapkah Di Sini bersaiz kira2 22" X 15"(watercolor juga) yang menggambarkan suasana 2 org kanak-kanak memakan chewing gum sambil bermain di atas titi Kg. Air di Tuaran, Sabah. Ia kini menghiasi dinding rumah salah seorang rakyat Britain yang ketika itu datang melancong ke Sabah. Bagaimanapun karya tersebut tidak difotokan...
Tetap Di Sini adalah sesuatu yang teguh berdiri(atau tetap pendirian) dalam setiap apa yang diusahakan tanpa dapat diganggu gugat walau oleh sebab apa jua pun dugaan atau cabaran yang mendatang.

To buy this artwork, please go to NoBullart.
Atau bagi Malaysian, sila email saya seperti tertera di sebelah atas kanan.
Sunday, 24 February 2013
New Painting
Salam sejahtera semua...
Update terbaru saya ialah tentang adanya beberapa painting terbaru yang saya siapkan beberapa minggu kebelakangan ini. Antaranya membawa tajuk Pantai Tanjung Balau bersaiz 9" X 12", pastel on watercolor paper dan Tetap Di Sini, juga bersaiz 9" X 12", watercolor on paper. Lama juga saya tidak berkarya...kira-kira 3 bulan juga. Ini adalah kerana saya leka dengan fotografi serta mempelajari teknik-tekniknya.
Idea baru tiba-tiba muncul ketika saya sampai di pantai pelancungan di Kota Tinggi, Johor iaitu di Tanjung Balau yang saya kira agak berseni dari segi suasana sekitarnya. Walaupun cuaca agak panas ketika itu (lebih kurang jam 11.30pg), tetapi suasananya sudah cukup menerbitkan jiwa kesenian yang terpendam dalam jiwa saya...Bagaimanpun saya belum dapat nak upload kan painting tu di blog ini kerana belum berkesempatan untuk melakukannya. Cuma update ini sekadar pemberitahuan sahaja...
Insyaallah akan di upload dalam beberapa hari lagi.
Terima kasih...

Wednesday, 30 January 2013
Pantai Lido
Salam sejahtera...
Semalam saya telah upload beberapa foto terbaru yang sempat dirakamkan di Pantai Tg Balau, Kota Tinggi, Johor. Mungkin ada yang bertanya di mana pantai ni...ia letaknya kira-kira 7 km dari Bandar Penawar dan berhampiran dengan Pantai Desaru. Keadaan pantainya kira ok lah jugak dan ada juga beberapa chalet murah dan sederhana mahal di sekitarnya. Bolehlah 'google' utk mengetahui berkenaan chalet2 tersebut.
Hari ni saya ingin meng-upload lagi 2 foto, tetapi kali ni pemandangan matahari terbenam di Panta Lido menghadap Singapura. Oleh kerana kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan disamping lokasi yang baik, saya hanya dapat berada di lokasi ini sahaja...pada sebelah paginya saya juga telah melawat pantai sekitar Stulang Laut tetapi tidak menemui lokasi sesuai. Tujuan ke sini ialah utk menjadikan Tambak Johor sebagai 'foreground' disamping matahari terbenam sebagai latar belakangnya...

Tuesday, 29 January 2013
Di Bawah Matahari Tanjung Balau
Assalaamualaikum wrt semua,
Kali ni saya nak sertakan foto-foto terbaru yang saya rakamkan ketika mengunjungi Johor Bahru dari 23-26 Jan. yang lalu. Secara amnya tidaklah sangat memberangsangkan kunjungan ini yang disebabkan oleh beberapa perkara yang muncul disaat-saat akhir sebelum ke sana. Ini termasuklah kunjungan dan tinggal 2 malam di chalet Tg. Balau di Kota Tinggi berdekatan Desaru yang terpaksa dibatalkan akhirnya.
Bagaimanapun kunjungan tetap diteruskan tetapi pada hari terakhir sebelum kami sekeluarga kembali ke Kuching iaitu pada hari Sabtu 26 Januari. Ini pun kerana kami menghantar anak kedua kami yang kembali ke kolejnya pd hari yang sama. Kami sampai kira-kira jam 11.30 pagi.

Sebenarnya saya tidak sabar-sabar lagi ingin mencuba filter yang baru diterima seminggu sebelum ke Johor iaitu Lee Big Stopper yang dah lama dinanti-nantikan...Mahu tak mahu saya gunakan juga walaupun masa fotografi tersebut adalah masa paling tidak dicadangkan oleh mana-mana photographer sekalipun....hasilnya saya uploadkan setelah post-processed dalam Lightroom 4.3, Lens EF17-40mm f/4L USM:
To buy photo prints pls go to My Photobox.
To view more photos pls click My Flickr.
Friday, 4 January 2013
Disember 2012
Belalang Daun: Shot ni cuma di belakang rumah je!
Merak di Jong's Crocs Farm, Jalan Serian.
Iguana...di Jong's Crocs Farm, Jalan Serian.
Pantai Damai, Santubong...just sebelum maghrib.
Juga di lokasi sama, versi slow shutter speed...
Pantai Damai, Santubong
Anak crocs di Jong's..
Teratai Putih, juga di Jong's..
Salam sejahtera semua...Disember 2012 yang banyak kenangan telahpun berlalu. Saya hanya sempat ke Kg. Budaya Sarawak untuk membuat Painting Demo hanya 2 kali saja sepanjang cuti persekolahan tersebut. Ramai pengunjung ke sana pada musim cuti...dan saya dan keluarga banyak kali juga meneroka alam semulajadi sekitar Bahagian Kuching di sepanjang cuti ni. Kali ni saya kongsikan antara foto-foto yang telah diedit menggunakan PS yang saya ambil disepanjang cuti November-Disember 2012...saya memang kurang pandai dgn software ni, tp sy cuba juga belajar sikit-sikit...
Subscribe to:
Posts (Atom)