Friday, 14 December 2012

The crocs action...



Antara beberapa foto yang saya rakamkan semasa melaksanakan assignment Lawatan Keluarga Sempena Mesyuarat Ketua-ketua Cawangan jabatan saya yang di adakan di Kuching, Sarawak dari 3-5 Disember yang lalu. Sila ke link http://www.photoboxgallery.com/infiniteshutter untuk foto-foto lain yang saya telah upload.

Saturday, 24 November 2012

Water droplets Study

Saya masih study bagaimana menetapkan 'white balance' yang sesuai dan tepat mengikut suasana stempat. Kali ni saya study water drops selepas hujan, cuma di belakang rumah. Selain itu saya juga cuba menetapkan light metering yang ada dalam view finder supaya cahaya yang masuk ke sensor plate terurus dengan tepat.
Foto ini saya set kan white balance secara manual menggunakan white balance cap.

Ini juga saya set kan white balance secara manual menggunakan white balance cap. 

Foto ini pula saya gunakan white balance yang ditetapkan dalam camera(kalau tak silap saya setting flourescent) perhatikan perbezaan warna foto yang dihasilkan tanpa  menggunakan white balance secara manual. 

Selain daripada white balance, dalam water droplets study ni, saya juga mempraktikkan slow shutter speed, light metering serta penggunaan tripod bagi mendapatkan hasil foto yang sharp tanpa perlu di buat post processing.
Gear: Canon 550D, Tamron SP90, white balance cap dan tripod murah(he..he..! lum cukup onkos nak beli jenis ball head...)

Friday, 16 November 2012

Kedinginan

Sesekali mengunjungi kawasan perkelahan sungai gunung memang menyeronokkan.
Post kalini saya nak kongsi sedikit suasana dinginnya Matang Family Park di kaki Gunung Serapi, Kuching. Saya sempat merakamkan beberapa foto di sana...



Sebenarnya semasa shooting ni saya ingin memperaktikkan kaedah menetapkan 'white balance' untuk suasana setempat. Jadi apa yang saya cuba adalah seperti yang di upload di atas. Apa yang saya dapati, ia menyebabkan saya agak kurang sikit untuk edit dlm PC...sebagaimana yang saya kehendaki sebelum ini.


Wednesday, 7 November 2012

New links to my photos...

Post kali ni cuma saya nak beritahu 2 link ke laman portfolio foto saya yang selama ini belum pernah saya beritahu sesapa lagi. Kedua-dua address nya ialah:

http://www.flickr.com/photos/donsaadphotography DAN
http://www.photoboxgallery.com/infiniteshutter

Mohonlah semua yang terjumpa blog saya ni supaya pergi ke portfolio tersebut dan berilah komen yang membina untuk sama-sama kita mendapat ilmu...sekian, terima kasih.

Monday, 5 November 2012

Karya fotografi yang tidak padam...

Agak lama saya tidak update blog saya ni, maaf...sejak Mei...
Tapi post kali ni agak berlainan, kerana sejak last post tu saya amat kurang berkarya seni lukis. Bagaimanapun aktiviti demo lukisan di Kg. Budaya Sarawak tetap berterusan setiap minggu bersama teman seangkatan di Kuching iaitu Cikgu Ashari Hamdan(facebook). Walaupun saya seringkali tidak hadir akibat beberapa hal yang bersangkutan, namun Cikgu Ashari tetap setiap minggu.
 

Kali ni saya nak post foto-foto yang saya rakam yang agak-agak boleh tahan walaupun tak seperti jurufoto-jurufoto yang handal-handal di Malaysia ni.... tak cerita panjanglah...saya biarkan kepada pengunjung blog saya ni yang komen dan nasihat jika ada yang perlu diceritakan...terima kasih..


Wednesday, 23 May 2012

Orkid Remaja

Oil on canvas 11" X 15" knife and painting brush.
Saya menggunakan knife untuk mendapatkan effect latarbelakang yang rata kerana sebelum ini saya telah mencuba menggunakan berus tetapi tidak dapat memberikan effect rata yang saya kehendaki. Manakala bagi melakar subjek saya menggunakan berus lukisan untuk menampilkan paparan realism yang berpatutan.
Orkid Remaja...bagi menceritakan serba sedikit berkaitan perilaku remaja yang agak sedikit 'gila-gila' dengan kedudukannya yang barada di atas. Ia suka kelihatan ranggi pada pandangan mata serta bergaya tanpa ditinggalkan oleh dunia stail masa kini. Menonjolkan diri dari khalayak ramai melalui penampilan yang menarik...suka dipandang cantik...! Namun melalui didikan ibubapa ia tidak mendabik dada malah sentiasa berpegang teguh pada asal usul. Ini dilakarkan melalui lingkaran batang yang menunjukkan walaupun berada ditengah-tengah kelompok, masih ada yang memerhatikan dan menjaga...

Monday, 14 May 2012

Terbang Melayang

Terbang Melayang 20" X 20" acrylic on canvas 2012.
Seringkali apabila kami sekeluarga berjogging di Public Garden, sy memerhatikan kehijauan dan sinar matahari yang menembusi celah-celah daun-daun pokok yang memberi kesegaran dan aura kedamaian. Tiba di suatu ketika sy berhenti berlari dan berjalan. Setiap kali begini saya akan memerhatikan juga daun-daun kering yang bertebaran di laluan trek jogging berkenaan...memikirkan begini lah daun-daun ini, melata di bumi akhirnya!
Daun-daun ini sewaktu kecilnya adalah lembut, berwarna cerah dan mungkin juga merah mengikut etnik masing-masing. Pucuk ini berada di aras paling atas rantingnya, kemudian lama kelamaan berubah warna semakin membesar dan semakin dewasa dengan warnanya yang semakin pekat. Ia berada di atas, tinggi melangit, nampak apa saja yang berada di bawah...dialah yang pertama menerima cahaya matahari dan dia jugalah yang paling cantik antara yang lain. Tapi dia tidak sedar lambat laun akan ada yang menggantikan tempatnya untuk berada di atas. Lamaa...warna semakin pudar dan berubah lagi kepada perang, coklat..adakah ini tanda penuaan, atau semakin matang...semakin tua dan akhirnya mati...ye..mati! Dahan tempat dia bergantung selama ini telah pun rapuh, sedikit sahaja ditiup bayu maka Terbang Melayang menyembah bumi. Itulah yang sy lihat di trek jogging tersebut...

Thursday, 10 May 2012

Orkid Buat Isteri

Orkid Buat Isteri (saiz akan disahkan kemudian), oil on canvas 2012.
Sebuah karya yang agak besar kira-kira 20" X 40" (tidak pasti), menghiasi dinding di rumah saya. Ini adalah karya saya yang terbaru, commissioned from my lovely wife since 1987. Ya, sebaik saya mula berjinak-jinak dengan painting (potret ketika itu - di Sabah, baru kahwin maaa..), beliau telah meminta supaya saya membuat karya bunga tetapi tidak dilaksanakan. Sehingga setelah 25 tahun berlalu dan berkarya, barulah saya bersedia untuk melaksanakan permintaan ini.....
Terdapat 2 teknik yang saya gunakan dalam karya minyak atas kanvas ini iaitu teknik cat air untuk latarbelakang dan realism untuk subjek utama(bunga orkid). Dalam teknik cat air saya banyak menggunakan pure artist turpentine, tidak seperti biasa pelukis-pelukis lain yang menggunakan liquin mediums untuk mendapatkan tahap kecairan yang dikehendaki. Saya merasakan menggunakan turpentine yang baik mutunya adalah lebih mudah kerana ini lebih lambat kering jika dibandingkan dengan liquin. Manakala teknik realism adalah teknik biasa tetapi saya tidak menggunakan sebarang medium campuran lain untuk kawalan warna.

Sunday, 6 May 2012

Apabila Poi Berirama

Acrylic on canvas 20" X 20" 2012
Saya menggunakan kaedah sapuan di atas canvas yang diperbuat(stretched) sendiri secara manual. Sapuan cat akrilik ini tidak sedikit pun menggunakan berus lukisan sebagaimana kebiasaan, tetapi saya menggunakan sejenis plastik yang didapati ketika saya membeli alat elektronik. Saya telah memotong plastik berkenaan kepada beberapa saiz sebagaimana saiz berus lukisan. Permulaannya saya hanya ingin mencuba, tetapi apabila finishingnya memberi effect yang menarik, terutamanya pada jalinan-jalinan warna yang disapu amat jelas(kelihatan seperti berus lukisan), saya terus menggunakannya untuk kebanyakan lukisan abstrak saya. Kaedah ini telah saya gunakan sejak siri Semangat Tanah dulu lagi(siri ini banyak saya masukkan dalam album Semangat Tanah facebook saya - Don Saad).(Terdapat satu lagi teknik sapuan yang saya kira agak menarik juga iaitu menggunakan kertas majallah -hanya kertas majallah yang sesuai- yang belum saya kembangkan lagi. Karya yang menggunakan teknik ini adalah antara yang saya submit untuk pameran Endau-Rompin pd 2011 dahulu). 
'Apabila Poi Berirama' - mengisahkan tentang seorang insan di sebuah pusat(....) yang saya temui ketika membuat aktiviti mingguan(sekarang kadang-kadang...). Ketika terbit idea untuk lukisan ini beliau yang saya temui ketika itu sedang mengukir sebuah alat muzik tradisional (sape) telah bercerita serba sedikit tentang latarbelakang keluarga dan asal usul kaum beliau yang kini telah amat berkurangan tinggal ditempat asal. Kini ramai yang telah berhijrah ke bandar. Dari raut wajah beliau, dapat saya rasakan bagaimana sekalipun keadaan arus permodenan yang melanda, beliau ingin sekali mempertahankan tradisi kehidupan yang diwarisi. Dan saya lantas dapat menyelinap masuk ke dalam jiwa beliau untuk merasai kehidupan yang jauh dari hiruk-pikuk bandar serta sinaran neon malam. Apa yang ada hanyalah bunyi desiran air yang menghempas batu, desiran angin malam yang meniup dedaun pokok, bunyi cengkerik pagi dan petang dan malam...kedinginan hutan yang tidak tercemar oleh debu debu kota yang memanaskan, keindahan pagi sewaktu lepas hujan yang disinari mentari dari ufuk timur...huh...itu semua yang dapat saya rasai sewaktu menjiwai apa yang diceritakan oleh Poi.... 

Wednesday, 2 May 2012

Jeti Telaga Air

Jeti Telaga Air 14" X 18" oil on canvas 2012. Knife 100%.
Saya terpanggil untuk membuat lakaran berkaitan jeti nelayan di Kg. Telaga Air, kira-kira 25KM dari Kuching dan 20KM dari tempat tinggal saya. Kunjungan pertama kali ke sini telah menarik perhatian saya kepada jeti ini kerana terdapat sebuah jeti baru yang telah siap dibina di sekitar yang sama. Keadaan jeti ini agak usang dan berbentuk tradisional, malah bukan hanya satu, terdapat banyak lagi jeti-jeti lain di sekitar yang sama yang masih digunapakai oleh nelayan-nelayan di sini. Apa yang menariknya ialah nelayan perlu mengangkut hasil tangkapan setinggi kira-kira 8-10ka. tinggi dari gigi air naik ke atas jeti menggunakan tangga yang dibuat di bahagian hujung jeti dan membawanya ke pondok pengumpulan(ukuran:ketika air surut). Tidak dapat dipastikan kenapa jeti-jeti ini masih digunakan...ada 'ong' lah tu...

Sunday, 15 April 2012

Jogging Track At Sarawak State Library

9" X 11" impasto oil on panel(2012).



Agak lama juga sy tidak upload karya-karya baru ke blog ini. Bukan tidak berkarya, sebenarnya banyak lagi karya-karya baru yang menunggu untuk di upload. Tapi saya masih belum bersedia lagi yg disebabkan masih ingin membuat pembaikan pd painting2 tersebut dan juga saya aktif mencuba medium-medium baru karya seni. Antaranya yang sy sering buat kajian ialah Silk Painting yang sy perhatikan agak kurang di Malaysia(yang banyak adalah batik painting atas sutera(silk) manakala betul2 silk painting sy belum jumpa lagi...satu lagi sy juga sedang membuat study keatas porcelain painting yg saya lihat perkembangannya di Malaysia agak memberansangkan sejak akhir-akhir ini.Bagaimanapun kita lihat lah apa akan berlaku seterusnya..cuma merancang.

Tuesday, 20 March 2012

Impasto Paintings

Impasto Painting most commonly refers to a technique used in painting, where paint is laid on an area of the surface (or the entire canvas) very thickly, usually thickly enough that the brush or painting-knife strokes are visible. Paint can also be mixed right on the canvas. When dry, impasto provides texture, the paint coming out of the canvas. The word "impasto" is Italian in origin; in that language it means "dough" or "mixture"; the verb "impastare" translates variously as "to knead", or "to paste". Italian usage of "impasto" includes both a painting and a potting technique.

Oil paint is most suitable to the impasto painting techniques, due to its thickness and slow drying time. Acrylic paint can also be impastoed. Impasto is generally not possible in watercolour or tempera without the addition of thickening agent due to the inherent thinness of these media. Impastoed paint serves several purposes. Firstly, it makes the light reflect in a particular way, giving the artist additional control over the play of light on the painting.

Impasto Painting it can add expressiveness to the painting, the viewer being able to notice the strength and speed applied by the artist.Impasto can push a painting into a three dimensional sculptural rendering.The first objective was originally sought by masters such as Rembrandt and Titian, to represent folds in clothes or jewels,it was then juxtaposed with more delicate painting. Much later, the French impressionists created entire canvases of rich impasto textures.

Vincent van Gogh used it frequently for aesthetics and expression. Abstract expressionists such as Hans Hofmann and Willem De Kooning also made extensive use of it, motivated in part by a desire to create paintings which dramatically record the "action" of painting itself. Still more recently, Frank Auerbach has used such heavy impasto that some of his paintings become almost three-dimensional. Because impasto gives texture to the painting, it can be opposed to flat, smooth, or blending techniques.

Article from: http://www.reviewpainting.com/impasto.htm

Thursday, 8 March 2012

Ayam Jantan

Ayam Jantan: Aku Dah Penatlah! Watercolor on paper 8" X 10"
Kisah tentang seekor ayam jantan yang dikata orang adalah jaguh di mana-mana jua...sentiasa diadu oleh tuannya untuk mendapat laba hasil daripada kemenangannya. Sebagai upah ia diberi makan yang agak istimewa, dimandikan, dijaga siang dan malam.
Namun demikian ia tetap mengeluh kepenatan, apa tidaknya...hampir setiap hari dibawa ke gelanggang tanpa mengira letih atau tidak letih...walaupun selalu menang tapi keluhannya siapa yang mendengar sebab tuannya tidak tahu bahasa atau tidak faham akan pandangannya yang sinis.............!

Monday, 5 March 2012

Baruk Bidayuh V

This is another work of my Bidayuh House just completed last night.. 9" X 11'', oil painting knife done on panel board. As this is the last stock of my board, it shall be the last unit about the house... still on a ride for other subjects to experiment...

Wednesday, 22 February 2012

Small notes about PIGMENTS

Pigments

Pigment is a colouring substance which can be used in the manufacturing of paint.
It is usually ground into powder and then mixed with water, oil, or another base to produce artist paint and similar products.
 To avoid many of the chemical substances from ready-made pant tubes, many artists choose to create their own paint by mixing pigments with a base substance.
For example oli paint can be made by mixing coloured powder (pigment) with linsead oil.
In order to make acrylic paint you need to mix the pigments with water and acrylic polymer emulsion (which is the binder in acrylics.) As acrylics dry very fast it is important to remember that unlike oil, the available mixing time is very short.
Watercolours and Gouache are pigments mixed with Gum Arabic, which is also used as a watercolour medium to increase drying time and add more transparency.
From: artistterms.com

Tuesday, 21 February 2012

Baruk Bidayuh Siri 4

Masih dengan baruk...
Baruk adalah merupakan rumah untuk seorang ketua kampung bagi etnik Bidayuh di Sarawak. Bentuknya yang unik dan senibinanya yang menarik perhatian saya utk membuat lakaran demi lakaran. Sekiranya anda melihat di bahagian dalam bangunan ini, nescaya akan ada perasaan kagum dengan sistem binaannya yg agak unik serta penggunaan jenis-jenis kayu yang terdiri drp kebanyakannya dari jenis kayu 'belian' yg merupakan pilihan utama bg binaan struktur kayu di Sarawak. Sekiranya ada masa yg lbh sesuai, sy ingin melakarkan bahagian dlm bangunan sebagai kenangan semasa di sini..
Pencil Color on sketch paper 8" X 10" 2012.

Monday, 20 February 2012

Tasik Kg. Budaya

This is a small lake at the Sarawak Cultural Village. During this plein air session with a friend from KL(Hisham Salmin), light came thru' all over the lake and we are ready to record this moment. Couldn't proceed more than 10 mins. that water droplets were also joining us...so we have to shift our view from where we began.
 Its a knife painting done on location 9" X 11" oil on panel 2011.

Sunday, 19 February 2012

Ribut Santubong

Bagaimana jika berlaku ribut di Laut Santubong...ini hanya gambaran pelukis ketika berlaku ribut berkenaan, sebab sudah pasti tiada siapa yg akan berada di sini ketika ini atau pasti akan mencari tempat berlindung...
Oil painting using knife 9" X 11" on panel board 2011.

Thursday, 9 February 2012

Baruk Bidayuh III

Baruk Bidayuh III watercolor 4" X 5"
This is a small painting done in January during our en plein air painting group doing our routine painting demo at Kg. Budaya Sarawak.


Wednesday, 8 February 2012

Pantai Santubong

Watercolor on paper, 8" X 10" 2012.
Location is at the foot of Mount Santubong, Sarawak, Malaysia.

Tuesday, 7 February 2012

Masih Menanti..

Image seekor monyet di National Park yg bersendirian, jauh dr teman-teman. Kawan sekeliling jarang-jarang bertemu, aktiviti hanya sendiri-sendiri, apa yg ada di luar, tidak diketahui, adakah lg habuan untuknya? Atau inikah takdir kehidupannya...sampai bila...
Watercolor on paper, 9" X 11" 2012...

Monday, 6 February 2012

Pitchers From Santubong

Pitchers From Santubong 9" X 11" watercolor on paper 2012
Studio work, ulangan kpd siri yang lalu yg disiapkan menggunakan oil on panel. Saya cuba-cuba untuk buat menggunakan watercolor setelah lama tidak menggunakan media ini dan hasilnya beginilah...jenis watercolor paper yang digunakan adalah jenis hot press 180gm, ia kurang baik utk watercolor sbb makan warna, sama spt watercolor paper yang 'artist quality' yang dah masuk angin sbb dh lama tak guna..

Wednesday, 1 February 2012

Kenyalang(Hornbill)

The Resting Hornbill - Acrylic on paper 9" X 11", 2012
This is a studio painting using acrylic paint. Photo of this hornbill from one of many ads. flyers came to our home gave me a shot of interest.
Completed during the 1st day of 2012 using an old watercolor paper(pad) held in my store. A little problems with this paper but could manage to make it better.

Tuesday, 31 January 2012

Plein air near State Muzium

This artwork done on location during last Chinese New Year's holiday near Sarawak State Muzium (23/01/2012). Arrived at about 10.00am with the sun shining aggressively and accompanied by our family members.
Completed about an hour later and finalized at studio for another hour. I decide to use watercolor and it is my 1st plein air painting using this medium. A very good feel came thru' me esp. with the light rays came thru' the trees around.
The State Muzium Garden Post 8" X 10" watercolor on paper, plein air painting.


Monday, 30 January 2012

My Garden Lamp Post

Lama dah tak buat watercolor sejak saya switch ke acrylic dan kemudian oil...baru-baru ni saya kembali cuba-cuba buat watercolor painting sejak kali akhir pada sekitar 2005. Karya terakhir tersebut ada saya upload kan dalam FB. Ini adalah post water painting saya yang pertama setelah practice beberapa painting lebih kecil( saiz 3" X 5") sebelum saya cuba buat sikit besar.
My Garden Lamp Post 9" X 11" watercolor on paper baru disiapkan pd awal Jan 2012. Saya memang dah tertarik dgn lampu yang ada di atas tiang pagar rumah saya sejak dulu lagi setiap kali pancaran matahari membentuk bayang ke arah lampu tersebut setiap pagi.
Teknik watercolor kali ni agak jauh berbeza dari teknik saya beberapa tahun dahulu. Nampaknya mcm banyak terpengaruh dgn suasana serta feel semasa...TQ for viewing!...banyak lg siri2 watercolor yang saya siapkan tapi kena pilih juga yg ok..

Sunday, 29 January 2012

Baruk Bidayuh II

Saya agak teruja untuk melakar kembali Baruk ini kerana ia amat memberi kesan kepada setiap pengunjung yang datang ke Kg. Budaya Sarawak. Ia adalah salah sebuah bangunan tradisional yang paling lama yang ada di Kg. Budaya ini.
Saya cuba untuk memperbetulkan dan menambah baik 'stroke' knife yang saya gunakan serta warna-warna yang digunakan juga saya eksperimenkan dan kembangkan kepada warna-warna lain yang saya kira lebih sesuai mengikut keadaan semasa di lokasi...painting ini lebih besar sedikit daripada siri I (11" X 16" oil on panel) dan ia disiapkan di studio. Selepas daripada painting ini, saya ada menyiapkan 1 lagi painting tetapi di suasana berbeza tetapi ia kurang menyerlah, mungkin kerana sudah sampai ke tahap 'nilai kepuasan sut' yang tetinggi(apa-apa je lah...!) TQ for viewing...

Thursday, 26 January 2012

Baruk Bidayuh

Baruk Bidayuh 9" X 11" oil on panel, painting knife done in November 2011.
Scene is at Sarawak Cultural Village, it's an old house of head of Bidayuh's tribe. New house is under construction about 50ft. from this house...

Wednesday, 25 January 2012

New Painting

Di Hulu Sg. Sarawak 18" X 24" oil on canvas using my old brush. Completed sometime in November 2011. Location is near Bau, Sarawak.
This is a studio painting...(nama je studio, tp kat ruang tamu rumah sy tu lah..lum ada studio sendiri maaa...).
Note: Its regarding my post made yesterday: Snake Stone at Bako National Park, painting size is 22" X 34", oil on canvas, painting brush, 2011).

Tuesday, 24 January 2012

Snake Stone

Its not my latest painting...done about 2 months back. Could not upload due to the busy time during the school holiday.
This is an image of the famous Snake Stone at Bako National Park, Sarawak. About 37KM from Kuching to the jetty of Kg. Bako and about 30mins. to reach the location by boat. This is an oil painting on canvas, size of around 20" X 30"(yet to be confirmed...), painting is a composition of several images recorded from the net.
Thank you for viewing. Pls give comments about this work. TQ.

Wednesday, 18 January 2012

'Sketch Theory' by Ng Woon Lam

Its already about 2+ mths since my last post to this blog due to the busy time at my office...
Today would like to share this great notes from Ng Woon Lam - a great watercolorist from Singapore:

Wednesday, January 06, 2010


Just for fun: This is my mathematical estimation why we do sketches.

Taking 30" X 22" watercolor as an example.

Assume average time to complete a complex 30" X 22" watercolor
8 hours of painting time

8hours = 8 X 60 = 480min

One year, let's say, we paint 12 'GOOD' paintings = 12 X 480min = 5760 min
However, the success rate of making a reasonablely good 30" X 22" watercolor
is as low as 50% or lower.

Taking 50% as e.g => Needs to paint 24 paintings to get 12 Good ones

=> Total time taken = 5760 X 2 = 11520 min
One sketch on average takes 3 mins

=> 11520 / 3 = 3840 pages of sketches can be made in a year
if I don't waste time to paint.

If for 3 years I just sketch and don't paint => 3840 X 3 = 11520 pages of sketches.

In my life, I have not met any artist that has done more than 10,000 pages
of sketches and still has not acquired high level of skills.

=> It only takes as short of 3 years to be an excellent artists. Isn't this cool!

That's why I always focus on sketches.
Share this with you painter friends and they will stop painting for awhile.

Chinese Painting master Li Ku Chan (李苦禅) says" Sketching trains 'quick hand', 'fast eyes' and 'hand and heart' can hence work together, arriving at brushworks that are: FIRM, ACCURATE & FIERCE!"

'Sketch Theory' by Ng Woon Lam 
http://singaporewatercolour.blogspot.com/search/label/Botanical%20Garden%20Brooklyn%20Watercolor%20Painting%20Ng%20Woon%20Lam%20NWS
 Hope everybody enjoy from this great notes.