Jeti Telaga Air 14" X 18" oil on canvas 2012. Knife 100%.
Saya terpanggil untuk membuat lakaran berkaitan jeti nelayan di Kg. Telaga Air, kira-kira 25KM dari Kuching dan 20KM dari tempat tinggal saya. Kunjungan pertama kali ke sini telah menarik perhatian saya kepada jeti ini kerana terdapat sebuah jeti baru yang telah siap dibina di sekitar yang sama. Keadaan jeti ini agak usang dan berbentuk tradisional, malah bukan hanya satu, terdapat banyak lagi jeti-jeti lain di sekitar yang sama yang masih digunapakai oleh nelayan-nelayan di sini. Apa yang menariknya ialah nelayan perlu mengangkut hasil tangkapan setinggi kira-kira 8-10ka. tinggi dari gigi air naik ke atas jeti menggunakan tangga yang dibuat di bahagian hujung jeti dan membawanya ke pondok pengumpulan(ukuran:ketika air surut). Tidak dapat dipastikan kenapa jeti-jeti ini masih digunakan...ada 'ong' lah tu...
syabas!!!
ReplyDeletet/kasih tuan..
Delete