Terbang Melayang 20" X 20" acrylic on canvas 2012.
Seringkali apabila kami sekeluarga berjogging di Public Garden, sy memerhatikan kehijauan dan sinar matahari yang menembusi celah-celah daun-daun pokok yang memberi kesegaran dan aura kedamaian. Tiba di suatu ketika sy berhenti berlari dan berjalan. Setiap kali begini saya akan memerhatikan juga daun-daun kering yang bertebaran di laluan trek jogging berkenaan...memikirkan begini lah daun-daun ini, melata di bumi akhirnya!
Daun-daun ini sewaktu kecilnya adalah lembut, berwarna cerah dan mungkin juga merah mengikut etnik masing-masing. Pucuk ini berada di aras paling atas rantingnya, kemudian lama kelamaan berubah warna semakin membesar dan semakin dewasa dengan warnanya yang semakin pekat. Ia berada di atas, tinggi melangit, nampak apa saja yang berada di bawah...dialah yang pertama menerima cahaya matahari dan dia jugalah yang paling cantik antara yang lain. Tapi dia tidak sedar lambat laun akan ada yang menggantikan tempatnya untuk berada di atas. Lamaa...warna semakin pudar dan berubah lagi kepada perang, coklat..adakah ini tanda penuaan, atau semakin matang...semakin tua dan akhirnya mati...ye..mati! Dahan tempat dia bergantung selama ini telah pun rapuh, sedikit sahaja ditiup bayu maka Terbang Melayang menyembah bumi. Itulah yang sy lihat di trek jogging tersebut...
No comments:
Post a Comment