Orkid Buat Isteri (saiz akan disahkan kemudian), oil on canvas 2012.
Sebuah karya yang agak besar kira-kira 20" X 40" (tidak pasti), menghiasi dinding di rumah saya. Ini adalah karya saya yang terbaru, commissioned from my lovely wife since 1987. Ya, sebaik saya mula berjinak-jinak dengan painting (potret ketika itu - di Sabah, baru kahwin maaa..), beliau telah meminta supaya saya membuat karya bunga tetapi tidak dilaksanakan. Sehingga setelah 25 tahun berlalu dan berkarya, barulah saya bersedia untuk melaksanakan permintaan ini.....
Terdapat 2 teknik yang saya gunakan dalam karya minyak atas kanvas ini iaitu teknik cat air untuk latarbelakang dan realism untuk subjek utama(bunga orkid). Dalam teknik cat air saya banyak menggunakan pure artist turpentine, tidak seperti biasa pelukis-pelukis lain yang menggunakan liquin mediums untuk mendapatkan tahap kecairan yang dikehendaki. Saya merasakan menggunakan turpentine yang baik mutunya adalah lebih mudah kerana ini lebih lambat kering jika dibandingkan dengan liquin. Manakala teknik realism adalah teknik biasa tetapi saya tidak menggunakan sebarang medium campuran lain untuk kawalan warna.
utk isteri yg semakin disayangi. itu felasafahnya painting ini. cantik Don, syabas.
ReplyDelete