Wednesday, 23 May 2012

Orkid Remaja

Oil on canvas 11" X 15" knife and painting brush.
Saya menggunakan knife untuk mendapatkan effect latarbelakang yang rata kerana sebelum ini saya telah mencuba menggunakan berus tetapi tidak dapat memberikan effect rata yang saya kehendaki. Manakala bagi melakar subjek saya menggunakan berus lukisan untuk menampilkan paparan realism yang berpatutan.
Orkid Remaja...bagi menceritakan serba sedikit berkaitan perilaku remaja yang agak sedikit 'gila-gila' dengan kedudukannya yang barada di atas. Ia suka kelihatan ranggi pada pandangan mata serta bergaya tanpa ditinggalkan oleh dunia stail masa kini. Menonjolkan diri dari khalayak ramai melalui penampilan yang menarik...suka dipandang cantik...! Namun melalui didikan ibubapa ia tidak mendabik dada malah sentiasa berpegang teguh pada asal usul. Ini dilakarkan melalui lingkaran batang yang menunjukkan walaupun berada ditengah-tengah kelompok, masih ada yang memerhatikan dan menjaga...

No comments:

Post a Comment