Acrylic on canvas 20" X 20" 2012
Saya menggunakan kaedah sapuan di atas canvas yang diperbuat(stretched) sendiri secara manual. Sapuan cat akrilik ini tidak sedikit pun menggunakan berus lukisan sebagaimana kebiasaan, tetapi saya menggunakan sejenis plastik yang didapati ketika saya membeli alat elektronik. Saya telah memotong plastik berkenaan kepada beberapa saiz sebagaimana saiz berus lukisan. Permulaannya saya hanya ingin mencuba, tetapi apabila finishingnya memberi effect yang menarik, terutamanya pada jalinan-jalinan warna yang disapu amat jelas(kelihatan seperti berus lukisan), saya terus menggunakannya untuk kebanyakan lukisan abstrak saya. Kaedah ini telah saya gunakan sejak siri Semangat Tanah dulu lagi(siri ini banyak saya masukkan dalam album Semangat Tanah facebook saya - Don Saad).(Terdapat satu lagi teknik sapuan yang saya kira agak menarik juga iaitu menggunakan kertas majallah -hanya kertas majallah yang sesuai- yang belum saya kembangkan lagi. Karya yang menggunakan teknik ini adalah antara yang saya submit untuk pameran Endau-Rompin pd 2011 dahulu).
'Apabila Poi Berirama' - mengisahkan tentang seorang insan di sebuah pusat(....) yang saya temui ketika membuat aktiviti mingguan(sekarang kadang-kadang...). Ketika terbit idea untuk lukisan ini beliau yang saya temui ketika itu sedang mengukir sebuah alat muzik tradisional (sape) telah bercerita serba sedikit tentang latarbelakang keluarga dan asal usul kaum beliau yang kini telah amat berkurangan tinggal ditempat asal. Kini ramai yang telah berhijrah ke bandar. Dari raut wajah beliau, dapat saya rasakan bagaimana sekalipun keadaan arus permodenan yang melanda, beliau ingin sekali mempertahankan tradisi kehidupan yang diwarisi. Dan saya lantas dapat menyelinap masuk ke dalam jiwa beliau untuk merasai kehidupan yang jauh dari hiruk-pikuk bandar serta sinaran neon malam. Apa yang ada hanyalah bunyi desiran air yang menghempas batu, desiran angin malam yang meniup dedaun pokok, bunyi cengkerik pagi dan petang dan malam...kedinginan hutan yang tidak tercemar oleh debu debu kota yang memanaskan, keindahan pagi sewaktu lepas hujan yang disinari mentari dari ufuk timur...huh...itu semua yang dapat saya rasai sewaktu menjiwai apa yang diceritakan oleh Poi....
No comments:
Post a Comment